Friday, December 17, 2010

MARI SAMBUT SERUAN LEE KUAN YEW

" Nik Aziz tak sedar bahawa PAS tak pernah wujud dalam kepala LKY"


KITA DAH MULA PUN..

Sejak dulu lagi Lee Kuan Yew tidak pernah gembira dengan Malaysia selagi Malaysia diperintah oleh UMNO/BN. LKY ada kepercayaan bahawa orang Melayu adalah bangsa yang lemah.

Bila Dr Mahathir mula menjadi PM, dan mempercepatkan waktu selama 1/2 jam LKY sebenarnya betul betul malu dan terpukul. Kemudian Dr Mahathir melaksanakan pelbagai dasar dan projek yang sebenarnya tak pernah terfikir oleh LKY sendiri.

Kemudian Dr Mahathir seakan akan mewakili Asia di mata dunia yang LKY cuba capai. Macam macam LKY cuba termasuk menjalin hubungan istimewa dengan Amerika. Hakikatnya LKY gagal.

Namun dendam tetap dendam. Sebab itu LKY di belakang kita mengkritik kita. Bila dia kata Nuar Brahim tak layak, pemimpin yang ada tak cekap jadi dia nak bagitau dunia bahawa yang tinggal adalah DAP. PAS memang tak masuk kira langsunglah..

Aku nampak antara bukti ' TIDAK CEKAP ' dari sudut pandangan LKY ialah kerajaan kita terlalu lembut dan kelihatan takut khasnya dalam menguatkuasakan undang undang.

Aku nak seru kerajaan. Tiru Singapura. Di Singapura kerajaan bertindak ' KERAS DAN KEJAM'. Pembangkang tak ada peluang nak angkat muka. Cakap lebih, saman. Bila saman PASTI KERAJAAN MENANG.

Aku rasa dah sampai masa dah. Bila pembangkang dah ' BERPOLITIK DENGAN NIAT NAK HANCURKAN NEGARA, AKU RASA KERAJAAN KENA BERTEGAS '.

Semalam di Parlimen dah bermula apa yang selama ini rakyat nantikan. Jangan peduli 20/30 orang yang protes. Di luar ada jutaan rakyat yang memang dah ' bosan dan getik ' dengan karenah pembangkang.

Aku harap ini adalah langkah pertama ke arah kehidupan lebih baik bagi rakyat Malaysia yang cintakan hidup yang tenteram.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...