Sunday, December 19, 2010

MAZLAN ALIMAN DIHUKUM

" GHAIRAH MEMBAWA PADAH "


MAZLAN AKAN DIKUBURKAN DI TENANG

Ini berita yang baru aku terima. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Kesan terlepas cakap tentang kekayaan Felda, Mazlan mendapat tekanan hebat daripada Pakatan Pembangkang.

Mazlan yang diarahkan oleh DAP untuk memburuk burukkan imej pengurusan Felda bagi membangkitkan kemarahan peneroka dikatakan telah gagal melaksanakan tugasnya. Sebaliknya peneroka semakin membulatkan sokongan kepada kerajaan UMNO/BN.

Cakap cakap tersebar luas di penghujung konvensyen bahawa Mazlan akan diletakkan sebagai calon di DUN Tenang dalam PRK tidak lama lagi. Ini adalah sebagai hukuman di atas kebodohannya.

Menjadi calon pembangkang seumpama menggali kubur sendiri atas beberapa faktor :-

1. Tenang adalah kubu kuat UMNO sejak dahulu lagi. Sewaktu tsunami politik berlaku dalam PRU 12, Tenang masih dimenangi UMNO dengan majoriti lebih 2000.

2. UMNO Bahagian Tenang dikatakan sebagai antara Bahagian paling stabil di Malaysia kerana tidak ada krisis kepimpinan berlaku di sini.

3. Terdapat lebih 3000 peneroka Felda yang mendaftar sebagai pengundi di sini. Dikatakan selepas era DS Najib sokongan peneroka terhadap UMNO/BN semakin melonjak.

4. Hubungan antara komponen BN juga berada di puncak apabila Parlimen Labis diwakili oleh MCA tanpa sebarang masalah.

Berdasarkan kepada faktor di atas maka kesimpulan boleh dibuat bahawa sebenarnya masa untuk berundur telah sampai kepada Mazlan Aliman.

Selamat jalan Mazlan. Inilah kesannya apabila engkau menggigit tangan orang yang menyuap kau makan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...