Thursday, December 2, 2010

TABUNG SERAMBI MEKAH DILANCAR KALI KE 20

" KERETA SALAH SEORANG PEROMPAK YANG DIKENALPASTI "


PEROMPAK RAKYAT DIKENALPASTI

Aku mulanya malas nak bercakap perkara ni. Malu juga sebab ada juga orang percaya bahawa PAS adalah parti Islam. Tetapi kerap sangat PAS kata kerajaan UMNO ni pencuri, perompak maka aku fikir aku kena dedahkan perompak sebenar.

Dah 20 tahun, Tabung Serambi Mekah wujud. Dah 20 tahun ada rakyat bergadai bergolok menyumbangkan wang mereka kepada Tabung Serambi Mekah.

Pernahke korang tanya ke mana wang ni pergi? Kenapa rakyat je yang kena menyumbang? Wakil Rakyat hidup mewah. Kereta 2/3 buah. Rumah di Kelantan ada 2, di Kuala Lumpur pun ada.

Bini ada 2. Kalau Wakil Rakyat BN kaya, korang kata tak ikut sunnah. Wakil Rakyat korang termasuk anak menantu Nik Aziz kaya raya tu ikut sunnah sapa ?

Malam ini sekali lagi pelancaran Tabung Serambi Mekah akan dilancarkan. Aku yakin, ayat al Quran dan hadis Nabi akan berkumandang di udara. Rakyat terkesima.

Malang juga rakyat Kelantan. Yang kena banjir, rakyat. Yang kena derma juga rakyat.

Bangkitlah rakyat Kelantan. Cukuplah korang tertipu. Tabung Serambi Mekah samaje macam Tabung Memali. Sulit dan rahsia.

Malam ini korang akan dengar betapa para sahabat Rasullullah dulu jadi miskin kerana Islam. Nama nama seperti Abdul Rahman Auf, Uthman Affan akan dijadikan alat motivasi untuk korang menderma.

Tapi korang kenalah ingat. Pada masa sahabat berkorban harta benda untuk Islam, Rasullullah sendiri menjadi contoh teladan. Rasullullah juga hidup amat sederhana.

Malam ini korang tengok kereta yang dinaiki oleh Nik Aziz, Husam dan yang lain lain. Kalau dia orang datang dengan Mercedes, Harrier, Pajero maka sedarlah korang bahawa selama ini korang menyumbang kepada PEROMPAK SEBENAR.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...