Wednesday, December 8, 2010

PAS BERJAYA MENANDINGI DAP

BERKESAN SEBAGAI PENDUKUNG STRATEGI KOMUNIS

Aku sedang berada di Pulau Pangkor sekarang. Kampung laman Dr Zambry. Tak banyak berubah pulau ini walaupun ia adalah kampung MB. Maknanya MB tidak mengambil peluang kedudukannya untuk secara ekstrem mengubah Pangkor.

" Dr Zambry ni di sini tak macam MB. Dia macam dulu jugak, kami pulak naik segan. Dah jadi kekok, dia seghupa dululah ". Itulah kata Pakcik Din yang aku kenal di Pangkor ini, pagi tadi.

Baguslah. Kalau nak menang, pimpinan BN kena merendah diri, rapat dan disayangi rakyat. Ranggi, sombong pun kalau rakyat tak undi tak guna juga.

Kemudian aku melihat Harakahdaily sekejap. Aku harap macam selalu berita yang tersiar dalam Akhbar penipu ni tetap tipu macam biasa.

Ada berita Idris Ahmad menyeru PAS seluruh negara menaikkan kain rentang sebagai ' LANGKAH POLITIK MENENTANG KENAIKAN HARGA BARANG '. Seruan ini kononnya supaya rakyat sedar tentang kezaliman kerajaan.

Aku bimbang atas beberapa perkara :-

1. Rakyat sebenarnya tidak begitu terasa/terkesan dengan kenaikan ini. Korang tengoklah di lebuh raya, di pasaraya, di kedai makan, segalanya berjalan macam biasa.

Apabila kain rentang dinaikkan secara besar besaran di seluruh ceruk rantau, suasana akan kelihatan seperti ada kebangkita rakyat menentang kerajaan. Apa akan berlaku

1. Golongan peniaga akan menaikkan harga barang secara melampau kerana mereka TELAH DIBERIKAN SEBAB UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

2. Anasir jahat akan menggunakan peluang ini untuk menyuburkan kebencian rakyat, Akan bangkit golongan ini misalnya melakukan demonstrasi. Apabila ini berlaku akan bangkit pula satu golongan yang memahami bahawa KERAJAAN TIADA PILIHAN SELAIN MENAIKKAN SEDIKIT HARGA BARANGAN TERSEBUT.

Bahayanya ialah AKAN BERLAKU PERTEMBUNGAN DI ANTARA DUA GOLONGAN ( YANG AKU YAKIN IALAH ORANG MELAYU ). Negara akan huru hara, pembangunan terganggu, perniagaan terjejas.

Inilah kemuncak KEJAYAAN KOMUNIS MELAMPIASKAN DENDAM MEREKA. KEBETULAN, RAYUAN CHIN PENG BARU SAHAJA DITOLAK. MAKA TERCAPAILAH HASRAT MEREKA MERUNTUHKAN TAMADUN MELAYU YANG SEDANG DIBINA.

Siapakah punca segalanya ini ?

IDRIS AHMAD, KETUA PENERANGAN PAS YANG AKU YAKIN TELAH BERJAYA DIDOKTRIN OLEH DAP UNTUK MENJADI AGEN KOMUNISME YANG SANGAT BERKESAN.

Jadi aku harap rakyat tidak akan terpedaya. Mari kita teruskan kehidupan dan lakukan penyesuaian. Aku yakin tidak mungkin SEDIKIT KENAIKAN INI AKAN MEMISKINKAN KITA.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...