Sunday, December 5, 2010

UMNO : PEMUDA HARAPAN BANGSA

MENCAPAI KEMERDEKAAN DAN MENGISI KEMERDEKAAN.
KEDUANYA MENUNTUT PENGORBANAN


MARI KITA RENUNGI

Petikan Ucapan YTM Tunku Abdul Rahman kepada Pemuda UMNO
( 1 FEBRUARI 1952 )

" Sifat pemuda ialah kuat, gagah, berani dan tidak mengenal kesusahan yang menimpa dirinya. Negeri yang dapat mencapai kemerdekaan dan kemajuan sebabnya tidak lain ialah dengan sokongan dan pertolongan pemuda anak negeri itu. Dan tiap tiap pertubuhan yang mendapat kejayaan ialah dengan semangat dan sokongan pemuda ".

Aku ingin mengajak para pemuda untuk merenung dan menghayati ucapan Bapa Kemerdekaan kita kira kira 60 tahun yang lalu. Sebagai parti politik aku rasa PRU 2008 adalah yang paling mencabar pernah UMNO hadapi.

Aku yakin jika UMNO tidak bersedia, cabaran lebih besar sedang menanti di PRU 13. Usahlah aku mengulas apa apa kerana aku hanya ingin mengajak Pemuda untuk sama sama merenung diri.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...